08 November 2010

12 October 2010

Diving

Baru-baru ni member NsLearn2Swim telah ke Pulau Redang untuk aktiviti dive. Member NsLearn2Sim ni beri tahu kami yang dive di pulau redang sangat best & puas hati, so next year kami plan untuk ke pulau redang lerrr....dive..dive..dive...hehe

So sesiapa yang nak follow kami dive, boleh la contact kami...dan kami hanya buka kepada mereka-mereka yang nak ambil certificate jerr :)...yang dah ada cert boleh pergi dive sendiri...upss, satu lagi kena pandai berenang yerr cik tipah baru boleh dive...tapi kalo tak tau renang & nak follow juga jgn risau, kami sedia mengajar (tapi kena bayar minimum Rm200 dahulu)...

Lupa nak bg tau harga :)...harga untuk dive RM1500 seorang dan kami plan untuk dive pada bulan 4 (masa agong punya birthday)...so korang2 yang nak join boleh la bayar duit dive secara ansuran sebelum kita pergi dive...pasal yang tak tau berenang tu minimum RM200 korang kena bayar dahulu dan datang jumpa kami untuk kelas renang (Note: Selepas kelas renang dan sekiranya kemudian anda mengambil keputusan untuk tidak mahu join activiti dive kami, RM200 dikira burn...kami x ajar budak free beb~ hehe)....

07 August 2010

Hukum Berenang Di Bulan Puasa

Tidak lama lagi kita semua akan menyambut bulan ramadhan, so kepada semua umat islam diluar sana dikesempatan ini kami ingin mengucapkan selamat berpuasa dan semoga amalan dan ibadat kita semua diterima ALLAH.

Kepada pengemar aktiviti renang, anda tidak perlu risau kerana terdapatnya hukum dibenarkan berenang dibulan puasa pada siang hari, dimana hukum berenang di siang hari ini berbeza berdasarkan perincian berikut:-

1. Orang yang mahir berenang dan dapat mengawal dirinya daripada memasuki air ke dalam rongga ketika berenang. Maka hukum berenang bagi individu tersebut sama seperti hukum mandi dibulan puasa iaitu
HARUS.

2. Orang yang tidak mahir berenang dan akan menyebabkan air memasuki rongga maka
TIDAK HARUS BERENANG

so bagi mereka yang tidak mahir berenang anda dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan aktiviti renang tak kisah la dekat mana-mana pun...sungai, pool etc....bagi mereka yg boleh, marilah kita meneruskan aktiviti yg sememangnya best nii he3x~...

p/s: bagi mereka yg x reti renang tu marilah ambik kelas dgn NsLearn2Swim lepas raya nanti...so bolehlah korang bakar lemak2 yg dah berkumpul masa raya tu hehe >:D


sumber rujukan: http://abuumair1.wordpress.com/soal-jawab/feqah-puasa/07-007/