Tidak lama lagi kita semua akan menyambut bulan ramadhan, so kepada semua umat islam diluar sana dikesempatan ini kami ingin mengucapkan selamat berpuasa dan semoga amalan dan ibadat kita semua diterima ALLAH.
Kepada pengemar aktiviti renang, anda tidak perlu risau kerana terdapatnya hukum dibenarkan berenang dibulan puasa pada siang hari, dimana hukum berenang di siang hari ini berbeza berdasarkan perincian berikut:-
1. Orang yang mahir berenang dan dapat mengawal dirinya daripada memasuki air ke dalam rongga ketika berenang. Maka hukum berenang bagi individu tersebut sama seperti hukum mandi dibulan puasa iaitu HARUS.
2. Orang yang tidak mahir berenang dan akan menyebabkan air memasuki rongga maka TIDAK HARUS BERENANG
so bagi mereka yang tidak mahir berenang anda dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan aktiviti renang tak kisah la dekat mana-mana pun...sungai, pool etc....bagi mereka yg boleh, marilah kita meneruskan aktiviti yg sememangnya best nii he3x~...
p/s: bagi mereka yg x reti renang tu marilah ambik kelas dgn NsLearn2Swim lepas raya nanti...so bolehlah korang bakar lemak2 yg dah berkumpul masa raya tu hehe >:D
sumber rujukan: http://abuumair1.wordpress.com/soal-jawab/feqah-puasa/07-007/
07 August 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment